Allah memerhati cara kita melaksanakan tugas

Mungkin kita sering lupa bahawa Allah lah sebenarnya yang telah memilih apa jua tugasan yang kita sedang atau sudah laksanakan di muka bumi ini sebagai khalifah yang dipilihNya.

Peringatan ini adalah untuk saya sebenarnya.. dan juga orang-orang yang memahami ertikata kesungguhan, keikhlasan dan ketelitian dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Tidak mustahil kalau saya katakan setiap orang yang bertugas sebagai penyelia atau pengurus pasti akan diuji dengan pekerja yang dirasainya tidak menjalankan tugas dengan sepenuh hati.. dalam erti kata lain, pandai mengulat, buat kerja depan boss sahaja, buat kerja tidak teliti, berdolak-dalih dalam tugasan dsb.. Ada di antara kita yang telah muak dengan keadaan sebegini sekian tahun lamaya akhirnya menjadi seorang boss yang sering pok-pek pok-pek.. termasuk lah saya!

Setiap orang dalam kedudukan ini pasti kadang-kala rasa kecewa dan patah semangat.. tetapi kadang-kadang rasa ingin menyelesaikan segala masalah yang timbul… Itulah sebenarnya dugaan dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan kita oleh Allah s.w.t  Marilah kita ingat-mengingati sesama kita bahwa Allah akan tanya bagaimana kita telah melaksanakan tugas yang diberi, di Hari Pengadilan kelak.. Dan soalan yang sama akan ditanya kepada mereka yang bekerja dari peringkat bahawan juga..

Jadi eloklah kalau kita buat kerja kerana takut kepada Allah.. bukan takut kepada BOSS!

It’s only my personal view.. no offense k.. DjRay