Desas-Desus Homestay

Kami ada terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa di Langkawi cuma ada 6 tempat sahaja yang bakal dibenarkan menggunakan perkataan ‘Homestay’. Katanya penggunaan perkataan homestay hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian pelancongan, iaitu ia hendaklah berserta dengan host yang akan menunjukkan cara-cara kehidupan Malaysia termasuk makanan, pakaian dan pertunjukan kebudayaan. Oleh itu, elok jugalah kepada rakan-rakan kita yang menggunakan perkataan ‘homestay’ semak dengan kementerian pelancongan tentang desas-desus ini.. Manalah tahu kot benar ke desas-desus ni..